Sejarah Awal Pengurusan
Secara umumnya sejarah
pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga
yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan
pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah
negara bangsa.
Mana-mana tamadun yang
wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah
pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan
kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem
pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul
negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan
pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi
dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan
pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai
sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di
Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan
kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam &
Ayadurai)
Raja Hammurabi dari Babylon
pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang
turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan,
perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang
memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan
pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan
pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses.
Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini
memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan
kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara
kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang
tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap
kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu
negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik.
Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan,
Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari
Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal
keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke
Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya
kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan
kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan
model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar,
Mohd Hizam & Zafir)
Tokoh-Tokoh Pemikir Dalam Bidang Pengurusan
Tokoh-tokoh awal yang
menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan pendapat yang menyatakan
bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu
memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776) memberikan
sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains
politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan
kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan
dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan ‘line of production’
dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.
Para pengkaji bidang
pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara
karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management
(1912), Principles of Scientific Management dan pernah membentangkan
testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz
& Heinz Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi
pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi
masing-masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick
Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan
disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam
jangka masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat
berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.
Henry Gantt pula membuat
kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati
teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt
yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian
dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan
menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan.
Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi
sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan
kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.
Frank & Lillian
Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan
pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The Psychology of
Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan
pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang ‘kelesuan
dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus
kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan
kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak
kondusif.
Henry Fayol dianggap
sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau yang terkenal
adalah ‘Administration Industrielle et
Generale (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi.
Menurutnya fungsi organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk
menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan. Henry Fayol
memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi
seperti berikut:-
1. Pembahagian Kerja
2. Autoriti & Kewibawaan
3. Disiplin
4. Penyelarasan Arahan
5. Seorang Ketua Bagi Satu Organisasi
6. Mementingkan Kehendak Masyarakat Daripada Kehendak Individu
7. Ganjaran Berbentuk Gaji
8. Pemusatan Kerja/Kuasa
9. Hirarki
10. Kebolehan Sesuai Dengan Tugas
11. Persamaan
12. Kestabilan Kerja
13. Inisiatif @ Daya Usaha
14. Espirit De’ Coup
1. Apakah perbezaan diantara pengurus dengan pemimpin.
2. Apakah ciri-ciri pengurus yang baik.
1. Pengurus adalah satu proses mentadbir dan juga penyelaraan segala sumber dengan kecekapan dan berkesan yang bertujuan untuk mencapai matalamat.
1. Pengurus adalah dilantik secara terus oleh
pengurusan atau sesebuah organisasi manakala pemimpin lahir dengan sendirinya
di kalangan masyarakat/kumpulan/ahli dan biasa tiada watikah lantikan.Pengurus
juga menpunyai kuasa secara formal(Autority) manakala pemimpin tidak mempunyai
kuasa secara formal tetapi mempunyai pengaruh yang boleh mempengaruhi ahli atau
kumpulan. Pengurus mungkin mempunyai objektif yang tidak sama dengan organisasi
bawahannya tetapi pemimpin biasanya mempunyai objektif yang sama dgn
ahli/kumpulan
2. Ciri ciri pengurus yang baik adalah
merancang , memimpin ,mengurus , mengawal , memotivasi . berkomunikasi, peka
kepada kehendak dan membuat perubahan mengikut keperluan supaya mencapai
objektif yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment