Sport Science Education (Pendidikan Sains Sukan)
Page ini, bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sains sukan kepada semua. Semoga ilmu yang dibaca dan diperoleh dapat menjadi manfaat kepada semua. IN SYA ALLAH.
Tuesday, 11 June 2013
Thursday, 6 June 2013
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH ORGANISASI
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH
ORGANISASI
1.0 PENGENALAN
Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati
kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat
dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati
kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam
lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh
memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih
untuk tidak mempunyai pemimpin.
Seperti mana yang kita ketahui kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata
lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri
khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai
kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk
mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi
kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan
keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti
mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses
kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).
Selain itu, pemimpin juga membawa maksud
seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha
mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna
dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu.
Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang
ada pada seseorang itu.
Seperti mana yang umum ketahui sejak dari
awal kajian dibuat tentang sains pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang
digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan
menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi
termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan:
"Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang
lain".
Mengikut Dr Robiah Sidin
(1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa
secara umumnya ada dua jenis kuasa yang
boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang
datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca
daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi
kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti
juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).
2.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN
Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan
seorang pemimpin. Personaliti berikut ialah;
• Keyakinan kendiri
Merujuk
kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan
dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko
dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang
berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan
kendiri.
• Bertanggungjawab
Individu
yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan
kejayaan seseorang pemimpin.
• Penyesuaian
Merujuk
kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan
kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah
lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri
dalam keadaan tertekan
• Suka bergaul/ramah
Sifat
ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang
yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi
orang-orang dalam organisasinya.
• Dapat diterima
Merujuk
kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini
mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima,
biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang
lain.
• Berorientasi Pencapaian
Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan
tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas
jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras,
bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi
pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia
ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan
ganjaran ekstrinsik.
3.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA
Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan
bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat
seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut.
Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya.
Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama
yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak
langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar
dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota
badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna.
(Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).
Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang
pemimpin perlulah seorang yang hidupnya dengan
cara sederna tidak terlalu membazir
dengan harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa
merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu
tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam
Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat
kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin juga
perlulah seorang yang suka bersahabat
dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran
supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah
digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama Islam
yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).
Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang
pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat
kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah
organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau
kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa
Hj. Daud, (1996).
Selain itu, menurut
pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph
M. Stogdill, seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta
sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya
dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana
mempunyai daya kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk
bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, (1996).
Selain itu, seorang
pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana
berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai
seorang pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).
4.0 PERANAN PEMIMPIN
Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi
kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana
kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu organisasi,
antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas
seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan
berikut adalah seperti;
4.1 Sumber
rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat
dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas
pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang luas,
banyak pengalaman dan rajin belajar
4.2 Model: sebagai model atau contoh,
pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh
diteladani.
4.3 Pendorong: pemimpin juga harus
sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan sepimpinannya untuk
membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta
subangan untuk kebaikan bersama.
4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin
turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar
memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan
ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang
4.5
Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan “pegawai
perhubungan awam”. Iaitu berperanan
sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak
luar.
4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan
pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang tengah
bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada
mana-mana pihak.
Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di
dalam sesuatu keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar
(berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras,
mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.
Sejarah Awal Pengurusan
Sejarah Awal Pengurusan
Secara umumnya sejarah
pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga
yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan
pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah
negara bangsa.
Mana-mana tamadun yang
wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah
pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan
kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem
pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul
negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan
pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi
dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan
pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai
sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di
Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan
kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam &
Ayadurai)
Raja Hammurabi dari Babylon
pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang
turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan,
perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang
memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan
pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan
pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses.
Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini
memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan
kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara
kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang
tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap
kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu
negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik.
Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan,
Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari
Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal
keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke
Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya
kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan
kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan
model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar,
Mohd Hizam & Zafir)
Tokoh-Tokoh Pemikir Dalam Bidang Pengurusan
Tokoh-tokoh awal yang
menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan pendapat yang menyatakan
bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu
memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776) memberikan
sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains
politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan
kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan
dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan ‘line of production’
dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.
Para pengkaji bidang
pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara
karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management
(1912), Principles of Scientific Management dan pernah membentangkan
testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz
& Heinz Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi
pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi
masing-masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick
Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan
disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam
jangka masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat
berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.
Henry Gantt pula membuat
kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati
teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt
yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian
dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan
menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan.
Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi
sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan
kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.
Tuesday, 28 May 2013
PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA - EAR, ECC DAN CPR
EAR adalah kaedah di mana penyelamat
memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah
berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika
mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah
yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik
yang digunakan di dalam EAR ini:
1.
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
2.
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.
3.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT
Ini adalah
kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut
penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan
mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan
kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia
dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin
dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah
penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan
terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.
Pernafasan hendaklah berkesan dan
efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas
yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk
memperolehi dua pernafasan yang berkesan.
Indikasi untuk
EAR
*Sianosis-kepucatan
* Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit
* Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
Baringkan
mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
Buka mulut
mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah,
muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
1.
Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan.
Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan
kepalanya sejauh mungkin
2.
Menggunakan
tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas
sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian
hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa
memasuki paru-paru.
3.
Jika mangsa
adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut
anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang
dewasa.
4.
Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi
prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan
cepat.
5.
Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun
bantuan perubatan telah tiba.
6.
Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri,
letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
7.
Jika terdapat
ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan
dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan
saluran udara.
8.
Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa
mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan
lagi kecederaan pada leher.
9.
Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan
dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.
10. Jika
anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda
perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki
berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada
kepala.
11. EAR
perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
ECC(External Cardiac Compression)-
·
Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada
Pemampatan Jantung Luar kini kaedah
yang diterima merawat serangan jantung secara tiba-tiba. Teknik ini
digambarkan, dengan penekanan khusus pada langkah-langkah yang boleh
menyebabkan trauma yang serius, jika tidak dilakukan dengan betul. Pengudaraan
paru-paru adalah amat penting.
Insiden serangan jantung seolah-olah
semakin meningkat dan muncul untuk menjadi lebih tinggi pada bayi, mungkin
kerana sebahagian besar prosedur pembedahan jantung dalam kumpulan umur ini.
Survival bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting adalah masa
berlalu sebelum rawatan dimulakan, lokasi pesakit pada masa serangan jantung,
dan penyakit utama pesakit. Penggunaan pemampatan jantung luaran berkurangan
kelewatan, membuat lokasi pesakit kurang penting, dan menghasilkan trauma
kurang dalam pesakit yang sakit tenat. Tekanan darah yang dicapai oleh kaedah
luaran adalah setanding dengan tahap yang dicapai oleh urutan langsung jantung.
Myocardium tidak mengalami trauma dengan kaedah luaran, yang juga kurang
meletihkan kepada pengendali.
Komplikasi pemampatan jantung luaran
dikesan kepada tekanan yang berlebihan dan tekanan ke atas kawasan yang salah
dada, dan oleh itu dielakkan. Tekanan perlu digunakan untuk sternum dalam hanya
mid-line, hanya atas proses xyphoid. Dua kes pecah hati pada kanak-kanak yang
disebut, dan laporan kecederaan lain yang dibincangkan berkaitan dengan
kesilapan tertentu dalam teknik.
KAEDAH :
Digunakan ketika
gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa.
TUJUAN :
Untuk memaksa
darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.
PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA
MANGSA DEWASA
1.
Baringkan mangsa secara terlentang.
2.
Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. – sebab –
jantung condong di sebelah kiri memudahkan membuat tekanan.
3.
Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.
4.
Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas
sternum.
5.
Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan
jari-jari.
6.
Kedudukan tangan di atas sternum
7.
Menekan tulang dada ke bawah menyebabkan tekanan dalam
dada berubah. Ini akan menolak darah dari ruang jantung ke tisu. Sebaik sahaja
tekanan dilepaskan, dada bergerak naik, dan darah yang diganti”disedut”ke dalam
untuk memmenuhi semula jantung.Kemudian darah ini akan ditolak keluar dari
jantung oleh tekanan berukutnya.
8.
Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada
mangsa.
9.
Tekan dada sedalam lebih kurang 4 – 5 cm, kemudian
lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan.
Ulangi tekanan sehingga
kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and two and ………)
10. Kaedah
Kedudukan Pemulihan
·
Siku dibengkokkan.
·
Buka salur udaranya dahulu melalui kaedah
mencondongkan kepala dan dagu diangkat.
·
Letakkan bahagian belakang tangan mangsa ke atas
pipinya dan biarkan di situ.
·
Dengan memegang tangan mangsa ke atas pipinya
semasa dia menggolek dapat menyokong dan melindungi muka serta kepalanya.
·
Gunakan lutut anda untuk menghalang mangsa
daripada tergolek jauh.
·
Pegang dengan kemas bahagian kaki di atas
lutut,kemudian golekkkan mangsa ke arah anda.
·
Tangan menyokong kepala.
·
Lengan yang terbengkok memberi kestabilan.
·
Kaki yang terbengkok menupang badan ke atas dan
menghalang mangsa daripada tergolek ke hadapan.
PROSEDUR ECC
KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN
KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN
Ikut prosedur
orang dewasa.
Guna sebelah
tangan sahaja.
Tekan pada kadar
100 mampatan seminit sahaja.
Mampatan dada
sedalam 2.5 cm.
PROSEDUR ECC
BAYI BAWAH 1 TAHUN
BAYI BAWAH 1 TAHUN
Ikut prosedur
orang dewasa.
Guna jari
telunjuk dan jari hantu.
Letakkan
jari-jari di tengah sternum.
Tekan pada kadar
120 mampatan seminit.
Mampatan dada
sedalam 1.5 cm.
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Objektif:
Untuk memberi kefahaman berkaitan CPR dan
cara-cara melaksanakannya.
Definisi:
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa
Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur
kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak
sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah
dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup.
Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti
bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia
boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada
sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali
setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah
melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan
pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan
peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan
pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa
menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan;
kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi
penyelamat tidak terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan
utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela
peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan.
Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk
memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk
ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel
tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi.
Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya
diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau
disahkan mati.
Piawaian:
Nisbah mampatan-pengalihan udara
sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang
penyelamat hadir.. Jika sekurang-kurangnya dua orang penyelamat hadir, nisbah
15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu. Bagi bayi baru lahir, kadar 3:1
disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah 15:2 adalah
munasabah. Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakea atau sungkup salur udara larinks berada
di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti dalam
mampatan pada kadar 8-10 seminit. Urutan intervensi yang disyorkan ialah
"mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi, dengan
kadar mampatan sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan. Kedalaman
mampatan yang disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm
(2 inci), bagi bayi pula adalah 4 cm (1.5 inci). As of 2010
the Resuscitation Council (UK) still
recommends ABC for children. Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau
ketiadaan nadi, pemeriksaan nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak
mahir, dan tidak patut dilakukan selama lebih 10 saat oleh pihak penjaga
kesihatan. Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan kedua-dua tangan untuk
mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang patut digunakan;
untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).
Sebab-sebab:
Jantung terhenti meyebabkan mangsa
pengsan dalam masa beberapa saat. Jika melakukan CPR dengan kadar yang cepat,
mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.
Teknik atau Kemahiran:
CPR merangkumi tiga kemahiran
penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan
ABC’s of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing) dan Edaran
Darah(Circulation) ).
ABC’s of CPR:
Saluran
Pernafasan (Airway)
|
Tindakan utama untuk CPR ialah membuka
saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa
(donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan
epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan
diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang,
dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka
saluran pernafasan mangsa.
Pernafasan
(Breathing)
|
Apabila pernafasan terhenti, badan kita
hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab
itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu.
Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi
oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian
daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga
bantuan rawatan tiba.
Edaran
Darah (Circulation)
|
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke
peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila
tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut
dilakukan bersama.
|
Catatan:
Posisi
Pemulihan
Jika mangsa mula bernafas dan nadinya
kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam
posisi pemulihan.
Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi
pemulihan:
Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya
ke atas.
Angkat lengan kiri ke atas dada dengan
tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
Mengerengkan mangsa dengan menarik peha
kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa
tergolek ke hadapan.
Condongkan kepala ke belakang supaya
saluran udara sentiasa terbuka
|
Langkah-langkah melakukan CPR(DRABC)
D = danger.
R = response.
A = airway.
B = breathing.
C = blood
circulation
D:Danger
(Bahaya).
- Nilai situasi
yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan
benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.
- Cuba minta
bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan
R: Response
(Tindakbalas).
- Periksa
tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas
permukaan yang padat.
- Jika tiada
tindakbalas, hubungi ambulans(999 atau 991
A: Airway
(Saluran pernafasan).
- Lakukan teknik
‘angkat dagu dan dongak kepala’.
- Buka salur
nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat
dengan tangan yang satu lagi.
- Periksa kalau
lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau
menghalang pernafasan.
B: Breathing
(Pernafasan).
- Posisikan pipi
dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar
dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.
- Jika tiada
pernafasan, picit hidung pesakit
sehingga
tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap
hembusan
C: Circulation
(Peredaran darah).
- Jika tiada
tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit,
mulakan tekanan di dada.
- Letakkan
tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci
sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima
Belas.
- Teruskan
dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba
KOMPONEN KECERGASAN BERDASARKAN KESIHATAN( Daya Tahan Kardiovaskular ) - "Harvard Step Test"
1.0 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Definisi
Astrand (1970)
mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai isipadu oksigen maksimum yang
digunakan semasa aktiviti fizikal. Kadar pengambilan oksigen
yang maksimum seseorang adalah dianggap petunjuk terbaik bagi menentukan daya
tahan kardiovaskular. Kadar ini atau kuasa aerobic maksimum didefinisikan
sebagai jumlah oksigen maksimum di mana seseorang berupaya untuk menggunakan semasa
aktiviti fizikal.
Menurut
Collingwood,T.R. et.al (1995:87), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular
adalah kebolehan tubuh badan menghantar oksigen ke seluruh anggota badan untuk
menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan aktiviti.
Daya tahan
kardiovaskular adalah keupayaan system kardiorespiratori untuk melakukan kerja
bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intersiti kerja yang
ringan atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular juga merupakan komponen yang
paling penting dalam profil fisiologi manusia. Ini disebabkan ia melibatkan
daya tahan aerobic dan anaerobic. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada
kombinasi salur darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan
pengeluaran darah yang kaya dengan oksigen untuk membolehkan otot-otot
menjalankan aktiviti berat yang berterusan.
2.0 HARVARD
STEP TEST
Terdapat banyak ujian-ujian yang
memerlukan individu melakukan gerak kerja yang melibatkan pergerakan seluruh
tubuh badan dalam jangka masa tertentu. Ujian “Harvard Step Test”pula, telah
direka untuk mengukur daya tahan kardiovaskular
dengan berdasarkan (melibatkan) pengukuran kadar denyutan nadi. Ujian ini
berasaskan prinsip bahawa individu yang cergas mempunyai sistem pernafasan dan sistem edaran darah yang lebih
cekap berbanding dengan peserta yang tidak cergas dan tidak aktif. Ujian ini
mengukur kecergasan individu dengan mengambil kira keupayaan individu itu untuk
pulih (dalam keadaan sedia kala selepas melalakukan sesuatu gerak kerja atau
aktiviti.
Objektif :
Untuk mengukur
kecekapan kardiovaskular dan keupayaan pemulihan individu sebelum/selepas melakukan gerak kerja
atau aktiviti latihan.
Kumpulan Sasaran
Ujian ini sesuai
untuk atlet yang aktif dan tidak aktif tetapi bukan untuk individu di mana
ujian akan memberi tindak balas negatif.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan
ujian merujuk kepada sejauh mana ujian adalah konsisten dan stabil dalam
mengukur apa yang ia bertujuan untuk mengukur. Kebolehpercayaan akan bergantung
kepada bagaimana kekuatan ujian dijalankan dan tahap individu motivasi untuk
melakukan ujian. Pautan berikut menyediakan pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi keputusan dan oleh itu kebolehpercayaan ujian.
Kesahan
Kesahan ujian
merujuk kepada sejauh mana ujian sebenarnya langkah-langkah apa tuntutan untuk
mengukur dan sejauh mana kesimpulan itu, kesimpulan, dan keputusan yang dibuat
berdasarkan markah ujian yang sesuai dan bermakna. Ujian ini menyediakan satu
cara untuk memantau kesan latihan kepada pembangunan fizikal atlet.
Kelebihan
Peralatan
minimum yang diperlukan.
Mudah untuk
menubuhkan dan menjalankan.
Boleh dilakukan
hampir di mana sahaja.
Kelemahan
Pembantu
diperlukan untuk mentadbir ujian ini.
Pengiraan sendiri
untuk mendapatkan hasil ujian.
Peralatan yang digunakan :
Mikronome
Jam randek
Wisel
Kotak –
ketinggian 20”(L) / 16”(P)
3.0 LOKASI ATAU TEMPAT UJIAN
Lokasi atau
tempat ujian yang dilakukan perlu dikawasan yang lapang dan selamat. Hal ini
adalah kerana, memudahkan ujian dijalankan dengan sempurna dan tidak berlaku
pelbagai masalah yang tidak diingini.
4.0 PENERANGAN RINGKAS
Ujian
berdasarkan aktiviti atau lakuan menapak ke atas dan turun kembali dari kotak
atau bangku panjang mengikut ketinggian yang telah ditetapkan dengan kadar 30 kali seminit dalam masa 5 minit. Lakukan
sehingga tidak mampu mneruskan lakuan pada
kadar yang telah ditetapkan.
Cara mendapatkan bacaan ujian – 2 kaedah
(formula) ;
Score Form (Long Form)
Kadar nadi
pemulihan (KNP) dikira tiga kali dalam masa 30 saat pada
setiap minit 1, 2 dan ke-3.
Rapid Form (Short Form)
Bacaan KNP
sekali sahaja iaitu pada minit pertama.
Dalam kedua-dua
cara bacaan, ia diambil berdasarkan masa pemulihan denyutan jantung dan tidak mengambil kira masa
rehat atau kadar nadi sebelum ujian.
5.0 FORMULA
PENGIRAAN
1.
SCORE FORM (LONG
FORM)
Jumlahkan ketiga-tiga KNP
Indeks Kecergasan = Masa
Menapak (saat) X 100
2 ( Jumlah
KNP )
= 5 minit X 60
saat X
100
2 ( KNP )
2.
RAPID FORM (SHORT FORM)
Indeks Kecergasan = Masa Menapak (saat) X 100
( KNP Minit
Pertama )
= 5 Minit
X 60 Saat
X 100
5.5 ( KNP
Minit Pertama )
6.0 KLASIFIKASI SKOR
Indeks Kecergasan
|
Klasifikasi
|
Lebih 90
|
Cemerlang
|
80 – 90
|
Baik
|
65 – 79
|
Purata Tinggi
|
55 – 64
|
Purata Rendah
|
Kurang 55
|
Lemah
|
Hubungan falsafah yang erat dinamakan “simbiotik” antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan.Bincangkan.
PENGENALAN
Pada hari ini, dunia telah semakin canggih dengan
peningkatan alat teknologi yang maju. Hal ini menjadikan manusia lebih
berpengetahuan tinggi dan melahirkan manusia yang cerdik pandai untuk mendalami
sesuatu bidang yang diceburi. Seterusnya perkara yang lebih membanggakan adalah
kehadiran alat teknologi seperti media elektronik iaitu televisyen, radio dan
telefon bimbit yang mudah mendapatkan pelbagai informasi terkini. Komunikasi
ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Malahan
komunikasi dan pembangunan mempunyai satu hubungan yang bersifat simbiotik
dimana dalam rancangan pembangunan amat diperlukan. Sukan merupakan salah satu
instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi
masyarakat. Hal ini adalah kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sukan dapat membantu meningkatkan
ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan
peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik
di kaca televisyen secara automatiknya telah mengeksploitasikan sukan negara
secara meluas. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat
meningkatkan populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang
menjadi nadi utama kepada peningkatan mutu sukan negara sebagai contoh sukan
Skuasy dimana negara telah melahirkan atlet nombor satu dunia iaitu Datuk Nicol
Ann David.
Seterusnya, terdapat salah satu aspek
komunikasi yang sering dikaitkan adalah penyiaran. Di sini penyiaran
dikonsepsikan sebagai komunikasi melalui radio dan televisyen merupakan dua
penciptaan yang menjadi fenomena sosial semenjak kemunculan pada awal abad ini.
Sukan, media dan pengiklanan mempunyai peranan tersendiri malah ia merupakan
kaedah utama dalam mempercepatkan proses modenisasi serta pembangunan sesebuah
negara. Ini adalah jelas kerana media dan pengiklanan merupakan jentera
penyampai informasi dari pihak perancang pembangunan kepada pihak yang menerima
pembangunan, iaitu masyarakat amnya. Bagi aspek hiburan dalam sukan, media
massa yang meluas menyebabkan bayaran merupakan suatu aspek yang sangat penting
kerana ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu disebabkan itulah televisyen
telah mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan
kewangan.
2.0
DEFINISI “SIMBIOTIK” , SUKAN ,
MEDIA DAN PENGIKLANAN
SIMBIOTIK
Simbiosis berasal dari bahasa yunani kuno
iaitu syn yang berarti "bersama" dan biosis yang berarti
"hidup". Beberapa hubungan simbiotik yang ada, yang bererti bahawa
kedua simbion sepenuhnya tergantung pada satu sama lain untuk hidup. Hubungan
simbiotik termasuk orang- orang yang berasosiasi (sosial) di mana satu
organisme hidup yang lain (ectosymbiosis, seperti mistletoe), atau di mana
salah satu mitra kehidupan. Pada tahun 1877, Bennett menggunakan kata simbiosis
(yang sebelum ini telah digunakan orang yang hidup bersama-sama dalam
masyarakat) untuk menggambarkan hubungan mutualistic dalam lichens. Pada tahun
1879, oleh ahli ilmu Jamur Jerman Heinrich Anton de Bary, simbiosis dikenal
sebagai "hidup bersama-sama tidak seperti organisme." Definisi
simbiosis menghasilkan kontroversi di kalangan ilmuwan. Ada yang percaya
simbiosis hanya perlu mengacu kepada mutualisme yang berkelanjutan, sedangkan
yang lain percaya bahwa simbiosis terjadi pada semua jenis interaksi yang
berkelanjutan biologi (iaitu mutualistic, commensalistic, atau parasit).
SUKAN
Menurut Hawkey 1993, Sukan adalah aktiviti
yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti
ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Sukan juga terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan juga diertikan sebagai satu aktiviti riadah.
Sukan adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan hubungan silaturahim
antara rakyat berbilang kaum.
MEDIA
Media massa merupakan satu bahagian daripada
media seperti radio, televisyen dan internet yang dapat mencapai khalayak yang
besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun
1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah
yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku
dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam
mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi
berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio,
penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang
besar seperti Newspaper Guild dan penerbit teks.
PENGIKLANAN
Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,
perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin
disampaikan. Revolusi dan penciptaan ini membolehkan penerbitan iklan massa
dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil. Iklan poster
bercetak yang pertama diterbitkan.
3.0 Faktor-faktor yang membolehkan televisyen
mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan.
Sukan dan media mempunyai satu perhubungan
yang erat umpama aur dengan tebing dan seperti gula dengan semut. Ianya saling
memerlukan dalam dunia teknologi siber seperti sekarang bagi memajukan arena
sukan negara pada masa kini di mata dunia. Hubungan yang akrab antara sukan dengan
media dan pengiklanan telah menjadi sebagai nadi untuk menjana insentif dari
aspek kewangan. Oleh kerana itu, televisyen telah mengeksploitasikan sukan
sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Sokongan kewangan boleh
diperolehi daripada iklan-iklan sukan
yang ditayangkan di televisyen hanya dalam tempoh beberapa minit telah mendapat
pendapatan yang sangat lumayan di kalangan pihak yang terlibat dengan dunia
media massa elektronik ataupun media cetak. Tetapi tidak dinafikan bahawa
teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan.
Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh
meningkatkan kepopularan sukan. Kutipan besar daripada yuran iklan boleh
membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya. Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan
berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjadi ahli sukan
professional. Hal ini juga merupakan kesan yang positif terhadap para atlet
kerana ianya boleh merangsang minat atlet-atlet untuk meningkatkan lagi
prestasi dalam karier sukan mereka untuk mencapai kecemerlangan di peringkat
tertinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk
melahirkan warga yang sihat dan produktif. Namun kini sukan dijadikan sebagai
satu industri yang boleh menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara
sebagaimana industri kecil dan sederhana yang lain. Penganjuran merupakan satu
daripada pemangkin industri sukan. Melalui penganjuran, potensi untuk memiliki ‘’event
intellectual property’’, penyediaan isi kandungan media sukan dan perkhidmatan
sokongan seperti penyiaran, pengiklanan dan pengurusan bakat (talent) dapat di
manfaatkan dan diketengahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi
mendapatkan sokongan kewangan dari pihak tersebut.
Dunia sukan masa kini sentiasa mengalami
perubahan teknologi demi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan. Oleh hal
yang demikian, hanya stesen televisyen yang ternama sahaja akan diberikan
mandat untuk mengendalikan perlawanan sukan secara langsung bagi memastikan
kelancaran sesuatu perlawanan yang ditayangkan di televisyen secara langsung
tidak mempunyai permasalahan ketika sesuatu perlawanan tersebut disiarkan
kepada pengemar sukan supaya tidak mengecewakan mereka. Dengan kos yang sangat
tinggi untuk menyiarkan sesuatu siaran secara langsung ia sangat memberikan
pulangan kewangan yang sangat lumayan kerana itulah televisyen mengekplotasikan
sukan sebagai nadi pengiklanan.
Selain itu, teknologi dalam sukan dapat
diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses pengiklanan barangan dan alatan
sukan yang canggih. Hal ini dapat dilihat, penggunaan peralatan canggih seperti
‘treadmill’ dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat menggunakan
peralatan ini untuk menjaga kesihatan dipromosikan di kaca televisyen bagi
menarik minat masyarakat setempat terhadap sesuatu barangan sukan yang
komersialkan. Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan
kecergasan seperti Takashima berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat
membantu masyarakat untuk melakukan aktiviti senaman dengan mudah di media
massa elektronik dan media massa cetak. Ini dapat menyumbang pendapatan
kewangan kepada media massa melalui pengiklanan- pengiklanan yang telah
dipromosikan di televisyen. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dan secara
tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin
berkembang. Penggunaan media massa secara menyeluruh dan teratur untuk menarik
minat masyarakat. Sebagai contoh, usaha akan ditumpukan kepada untuk menggalakkan
gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi serta memupuk bakat sukan
ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan peryertaan dalam sukan
massa dan prestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam sukan
massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan
dengan menggunakan teknologi dalam sukan secara berkesan. Contohnya mengadakan
senamrobik secara besar-besaran yang disiarkan melalui semua media elektronik.
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN
Falsafah sukan adalah berkenaan dengan
analisis konseptual dan soal siasat idea-idea dan isu-isu sukan dan amalan yang
berkaitan seperti latihan, kewartawanan sukan dan perubatan sukan. Pada
peringkat yang paling umum, ia adalah berkenaan dengan menjelaskan sifat dan
tujuan sukan. Falsafah sukan tidak pernah tetap. Kaedah ini memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam falsafah sukan untuk membangunkan pemikiran dalam
mengkritik diri sendiri, terus mencabar prasangka mereka sendiri dan prinsip
kedua-duanya sebagai sifat dan tujuan falsafah dan sukan. Falsafah sukan bukan
sahaja mengumpulkan pandangan daripada pelbagai bidang falsafah seperti
estetika, epistemologi, etika, logik dan juga metafizik. Hal ini adalah kerana proses
falsafah ini dapat menjana substantif dan bersaing pemandangan sukan itu
sendiri. Dalam falsafah sukan, pelajar mengkaji sifat dan nilai-nilai
pergerakan manusia menggunakan kaedah bukan empirikal falsafah. Bidang yang
ditekankan adalah etika sukan, perbandingan sukan dengan seni, nilai-nilai yang
unik permainan dan bermain dan kepentingan melalui sukan.
Selain itu, falsafah kesukanan banyak memberi
nilai-nilai yang baik untuk para atlet mengubah kearah perbentukan jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Hal ini juga dapat dilihat daripada aspek
idealism, realism, eksistensialisme dan juga pragmatism. Semua aspek ini banyak
memberi implikasi yang positif dalam melahirkan dunia kesukanan yang cemerlang.
Seperti yang telah saya pelajari. Hal ini adalah kerana proses dalam meningkat
nilai-nilai murni dan positif dapat dikaitkan melalui kognitif, afektif dan
juga konseptual. Hal ini juga adalah kerana sukan adalah satu aktiviti manusia
yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti
ini melibatkan pertandingn atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan(
Hawkey 1993). Oleh yang demikian, proses membentuk melalui kognitif dan afektif
memang tidak dapat dipisahkan. Jadi saya rasa ingin berkongsi serba sedikit
mengenai sains sukan gunaan, yang boleh dijadikan salah satu input terhasilnya
nilai-nilai sukan moden pada hari ini. Implikasi ini boleh dilihat daripada
aspek pragmatisme yang lebih berkaitan bidang sains dan kaedah saintifik. Fahaman
pragmatism ini, dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat seperti Charles
Sanders Peirce, Wiliam James dan John Dewey. Sains sukan gunaan ialah sains
yang mengkaji pergerakan manusia, mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan
pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan
berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya imbangan yang paling
optimum. Contoh, prinsip biomekanik digunakan apabila anda membengkokkan lutut
secara semula jadi ketika mendarat setelah melompat. Proses ini dapat dilihat,
bahawa sukan moden pada hari ini amat berkait dengan dunia sains. Tidak
mustahil sukan-sukan pada hari ini dapat cemerlang keperingkat tertinggi dengan
bantuan alat teknolgi yang canggih. Seterusnya, jika dilihat daripada sukan
yang saya ceburi iaitu petanque, pengetahuan ilmu kesukanan banyak mendidik
saya menjadi atlet berkendiri positif. Terdapat banyak perkara yang boleh kita
perolehi, seperti semangat kesukanan, nilai kerjasama dalam kumpulan dan
sebagainya. Seterusnya, dengan bantuan alat teknologi seperti sistem APAS dan
juga sistem Kinovea yang mengkaji tentang pergerakan sesuatu sukan, banyak
membantu dalam dunia sukan pada hari ini. Nilai yang kita mampu buktikan iaitu,
sesuatu sukan akan terus maju dengan adanya ahli-ahli pengkaji sukan yang
berusaha bekerjasama untuk membangunkan sukan.
Seterusnya, nilai falsafah sukan ini juga
boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan
proaktif di samping merupakan suatu alat
yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat
cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada
prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Sukan Untuk
Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia
Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan
kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang
pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk
melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran
ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk
melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan
merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan,
rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan
Massa) juga ingin membentuk satu imej
Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia
sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Generasi muda yang
dipupuk nilai-nilai murni melalui sukan mampu menjadi sebagai pemimpin masa
kini dan masa depan mesti bergerak dalam
kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif, di dalam
realiti heteregenous dan komitmen yang
lebih kukuh. Kesedaran perlu wujud dan
berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah keujudan
satu bangsa yang kuat bermaruah dan mempunyai martabat tinggi. Kesedaran itu
adalah kesedaran yang mengatasi masalah kelompok, suku kaum atau budaya bangsa yang berpecah tanpa
memperlihatkan apa-apa keperibadian, kesatuan dan jiwa yang satu padu. Oleh itu,
nilai-nilai yang dipupuk melalui sukan akhirnya menjadikan mereka matang dalam
setiap perkara.
Nilai falsafah kesukanan ini juga dapat
menjadikan seseorang atlet ataupun individu aktif dalam kegiatan sukan . Mereka
mampu untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian
kerana individu tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk
memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar.
Contohnya, seseorang atlet atau individu yang menyertai pasukan sekolah ataupun
diperingkat universiti mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh
itu, seseorang individu mahupun atlet yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam
pelajaran mahupun pelbagai bidang yang dicebur. Di samping itu, sukan yang saya
terajui ini juga dapat membentuk
individu menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian
kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong
Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam
sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan individu
yang berfikiran positif. Mengikut pengalaman saya juga, murid yang aktif
bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal
ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan
tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan
masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan
seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih
bermanfaat.
Nilai-nilai pengetahuan dalam konsep
falsafah, etika dan estetika dalam kesukanan mampu memberi banyak transformasi
dalam dunia sukan dan juga melahirkan satu unit masyarakat yang sihat. Hal
ini memang tidak dapat dinafikan melalui konsep sukan yang memberi banyak
kelebihan dan nilai yang positif. Oleh yang demikian, saya ingin berkonsi
rasional nya nilai yang dapat diperolehi melalui sukan moden pada hari ini. Salah
satu kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan
pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara
sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk
tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan
orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan.
Pengetahuan falsafah kesukanan dalam kegiatan
sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung
sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi,
diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka
yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan
mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah,
mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu
perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya,
penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan
masyarakat yang sihat. Kata-kata semangat seperti Malaysia Boleh! merupakan
satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya
digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA
Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa
sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!,
pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul
emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja
diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi
seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat
Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala
bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia
dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98
dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)