1.0 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Definisi
Astrand (1970)
mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai isipadu oksigen maksimum yang
digunakan semasa aktiviti fizikal. Kadar pengambilan oksigen
yang maksimum seseorang adalah dianggap petunjuk terbaik bagi menentukan daya
tahan kardiovaskular. Kadar ini atau kuasa aerobic maksimum didefinisikan
sebagai jumlah oksigen maksimum di mana seseorang berupaya untuk menggunakan semasa
aktiviti fizikal.
Menurut
Collingwood,T.R. et.al (1995:87), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular
adalah kebolehan tubuh badan menghantar oksigen ke seluruh anggota badan untuk
menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan aktiviti.
Daya tahan
kardiovaskular adalah keupayaan system kardiorespiratori untuk melakukan kerja
bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intersiti kerja yang
ringan atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular juga merupakan komponen yang
paling penting dalam profil fisiologi manusia. Ini disebabkan ia melibatkan
daya tahan aerobic dan anaerobic. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada
kombinasi salur darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan
pengeluaran darah yang kaya dengan oksigen untuk membolehkan otot-otot
menjalankan aktiviti berat yang berterusan.
2.0 HARVARD
STEP TEST
Terdapat banyak ujian-ujian yang
memerlukan individu melakukan gerak kerja yang melibatkan pergerakan seluruh
tubuh badan dalam jangka masa tertentu. Ujian “Harvard Step Test”pula, telah
direka untuk mengukur daya tahan kardiovaskular
dengan berdasarkan (melibatkan) pengukuran kadar denyutan nadi. Ujian ini
berasaskan prinsip bahawa individu yang cergas mempunyai sistem pernafasan dan sistem edaran darah yang lebih
cekap berbanding dengan peserta yang tidak cergas dan tidak aktif. Ujian ini
mengukur kecergasan individu dengan mengambil kira keupayaan individu itu untuk
pulih (dalam keadaan sedia kala selepas melalakukan sesuatu gerak kerja atau
aktiviti.
Objektif :
Untuk mengukur
kecekapan kardiovaskular dan keupayaan pemulihan individu sebelum/selepas melakukan gerak kerja
atau aktiviti latihan.
Kumpulan Sasaran
Ujian ini sesuai
untuk atlet yang aktif dan tidak aktif tetapi bukan untuk individu di mana
ujian akan memberi tindak balas negatif.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan
ujian merujuk kepada sejauh mana ujian adalah konsisten dan stabil dalam
mengukur apa yang ia bertujuan untuk mengukur. Kebolehpercayaan akan bergantung
kepada bagaimana kekuatan ujian dijalankan dan tahap individu motivasi untuk
melakukan ujian. Pautan berikut menyediakan pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi keputusan dan oleh itu kebolehpercayaan ujian.
Kesahan
Kesahan ujian
merujuk kepada sejauh mana ujian sebenarnya langkah-langkah apa tuntutan untuk
mengukur dan sejauh mana kesimpulan itu, kesimpulan, dan keputusan yang dibuat
berdasarkan markah ujian yang sesuai dan bermakna. Ujian ini menyediakan satu
cara untuk memantau kesan latihan kepada pembangunan fizikal atlet.
Kelebihan
Peralatan
minimum yang diperlukan.
Mudah untuk
menubuhkan dan menjalankan.
Boleh dilakukan
hampir di mana sahaja.
Kelemahan
Pembantu
diperlukan untuk mentadbir ujian ini.
Pengiraan sendiri
untuk mendapatkan hasil ujian.
Peralatan yang digunakan :
Mikronome
Jam randek
Wisel
Kotak –
ketinggian 20”(L) / 16”(P)
3.0 LOKASI ATAU TEMPAT UJIAN
Lokasi atau
tempat ujian yang dilakukan perlu dikawasan yang lapang dan selamat. Hal ini
adalah kerana, memudahkan ujian dijalankan dengan sempurna dan tidak berlaku
pelbagai masalah yang tidak diingini.
4.0 PENERANGAN RINGKAS
Ujian
berdasarkan aktiviti atau lakuan menapak ke atas dan turun kembali dari kotak
atau bangku panjang mengikut ketinggian yang telah ditetapkan dengan kadar 30 kali seminit dalam masa 5 minit. Lakukan
sehingga tidak mampu mneruskan lakuan pada
kadar yang telah ditetapkan.
Cara mendapatkan bacaan ujian – 2 kaedah
(formula) ;
Score Form (Long Form)
Kadar nadi
pemulihan (KNP) dikira tiga kali dalam masa 30 saat pada
setiap minit 1, 2 dan ke-3.
Rapid Form (Short Form)
Bacaan KNP
sekali sahaja iaitu pada minit pertama.
Dalam kedua-dua
cara bacaan, ia diambil berdasarkan masa pemulihan denyutan jantung dan tidak mengambil kira masa
rehat atau kadar nadi sebelum ujian.
5.0 FORMULA
PENGIRAAN
1.
SCORE FORM (LONG
FORM)
Jumlahkan ketiga-tiga KNP
Indeks Kecergasan = Masa
Menapak (saat) X 100
2 ( Jumlah
KNP )
= 5 minit X 60
saat X
100
2 ( KNP )
2.
RAPID FORM (SHORT FORM)
Indeks Kecergasan = Masa Menapak (saat) X 100
( KNP Minit
Pertama )
= 5 Minit
X 60 Saat
X 100
5.5 ( KNP
Minit Pertama )
6.0 KLASIFIKASI SKOR
Indeks Kecergasan
|
Klasifikasi
|
Lebih 90
|
Cemerlang
|
80 – 90
|
Baik
|
65 – 79
|
Purata Tinggi
|
55 – 64
|
Purata Rendah
|
Kurang 55
|
Lemah
|
7.0 PERATURAN MENJALANKAN
UJIAN
Prosedur persediaan.
1.
Mengambil dan merekodkan KNR selama 30 saat.
2.
Tapak permulaan – berdiri dihadapan bangku untuk
menapak pada jarak yang sesuai.
3.
Perlakuan – setelah diberi arahan
4.
Menapak ke atas bangku dengan sebelah kaki kemudian
diikuti oleh satu lagi kaki dalam keadaan tegak.
5.
Kemudian turun dengan cepat.
6.
Lakukan perlakuan secara berterusan tanpa henti
sehingga arahan berhenti diberi.
7.
Boleh mula dengan mana-mana kaki.
8.
Kadar menapak – 30 kali seminit.
9.
Jangka masa lakuan – 5 minit.
10. Perlakuan
salah semasa ujian.
·
Gagal seragamkan perlakuan.
·
Gagal berdiri tegak semasa di atas bangku.
·
Gagal menapak selama 5 minit.
11. Penilaian
atau pengambilan bacaan KNP.
12. Segera
duduk dan rehat setelah berhenti.
13. Ambil
nadi bacaan pada minit 1, 2 dan 3 selama
30 saat.
14. Rekodkan
ketiga-tiga KNP.
8.0 KESIMPULAN
Sekiranya tahap
indeks subjek lemah, dan tidak mampu melakukan dengan baik. Subjek ini perlu
menjalani latihan dengan kekerapan yang lebih dengan intensiti yang sederhana.
Contohnya, jogging 2.4 km sehari, 3 kali seminggu atau jalan pantas 30 minit
sehari, 3 kali seminggu. Intensiti boleh
ditingkatkan setelah subjek adaptasi dengan intensiti sedia ada secara berperingkat-peringkat.
Tahap indeks kecergasan purata rendah dan
tinggi. Subjek ini perlu menjalani latihan dengan kekerapan dan intensiti yang
lebih tinggi bagi menghasilkan kesan yang lebih kepada sistem kardiovaskular. Ini
boleh dilakukan dengan meningkatkan ringtangan dan intensiti serta kekerapan
latihan lebih dari yang biasa dilakukan. Melalui cara ini, ia akan memaksa sistem
kardiovaskular bekerja lebih kuat lagi,
seterusnya ia akan meningkatkan keupayaannya ke tahap yang lebih baik dan mantap. Contoh latihan
bebanan, latihan litar dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI
BEASHEL, P and
TAYLOR, J (1997) Fitness for Health and performance. In: BEASHEL, P and
TAYLOR, J, The
World of Sport Examined. Croatia: Thomas Nelson and Sons, p. 55
BROUGH, L. et
al. (1943) The step test: A simple method of measuring physical fitness for
muscular work in
young men. Research quarterly, 14, p. 31-35
Diperoleh pada
Mei 9, 2013 daripada
BEASHEL, P.
& TAYLOR, J. (1996) Advanced Studies in Physical Education and Sport.
UK:
Thomas Nelson
& Sons Ltd.
DAVIS, B. et al.
(2000) Physical Education and the Study of Sport. UK: Harcourt Publishers
Ltd.
McARDLE, W. et
al. (2000) Essentials of Exercise Physiology. 2nd ed. Philadelphia:
Lippincott
Williams & Wilkins
A great day with the big casino and poker room | DrmCD
ReplyDeleteThis time around, the Wynn is a casino 구미 출장마사지 floor that offers something for everyone. 강원도 출장안마 The casino 양산 출장마사지 floor 전주 출장샵 has everything from the slot machines to the table games 대전광역 출장안마 and