PENGENALAN
Pada hari ini, dunia telah semakin canggih dengan
peningkatan alat teknologi yang maju. Hal ini menjadikan manusia lebih
berpengetahuan tinggi dan melahirkan manusia yang cerdik pandai untuk mendalami
sesuatu bidang yang diceburi. Seterusnya perkara yang lebih membanggakan adalah
kehadiran alat teknologi seperti media elektronik iaitu televisyen, radio dan
telefon bimbit yang mudah mendapatkan pelbagai informasi terkini. Komunikasi
ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Malahan
komunikasi dan pembangunan mempunyai satu hubungan yang bersifat simbiotik
dimana dalam rancangan pembangunan amat diperlukan. Sukan merupakan salah satu
instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi
masyarakat. Hal ini adalah kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sukan dapat membantu meningkatkan
ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan
peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik
di kaca televisyen secara automatiknya telah mengeksploitasikan sukan negara
secara meluas. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat
meningkatkan populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang
menjadi nadi utama kepada peningkatan mutu sukan negara sebagai contoh sukan
Skuasy dimana negara telah melahirkan atlet nombor satu dunia iaitu Datuk Nicol
Ann David.
Seterusnya, terdapat salah satu aspek
komunikasi yang sering dikaitkan adalah penyiaran. Di sini penyiaran
dikonsepsikan sebagai komunikasi melalui radio dan televisyen merupakan dua
penciptaan yang menjadi fenomena sosial semenjak kemunculan pada awal abad ini.
Sukan, media dan pengiklanan mempunyai peranan tersendiri malah ia merupakan
kaedah utama dalam mempercepatkan proses modenisasi serta pembangunan sesebuah
negara. Ini adalah jelas kerana media dan pengiklanan merupakan jentera
penyampai informasi dari pihak perancang pembangunan kepada pihak yang menerima
pembangunan, iaitu masyarakat amnya. Bagi aspek hiburan dalam sukan, media
massa yang meluas menyebabkan bayaran merupakan suatu aspek yang sangat penting
kerana ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu disebabkan itulah televisyen
telah mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan
kewangan.
2.0
DEFINISI “SIMBIOTIK” , SUKAN ,
MEDIA DAN PENGIKLANAN
SIMBIOTIK
Simbiosis berasal dari bahasa yunani kuno
iaitu syn yang berarti "bersama" dan biosis yang berarti
"hidup". Beberapa hubungan simbiotik yang ada, yang bererti bahawa
kedua simbion sepenuhnya tergantung pada satu sama lain untuk hidup. Hubungan
simbiotik termasuk orang- orang yang berasosiasi (sosial) di mana satu
organisme hidup yang lain (ectosymbiosis, seperti mistletoe), atau di mana
salah satu mitra kehidupan. Pada tahun 1877, Bennett menggunakan kata simbiosis
(yang sebelum ini telah digunakan orang yang hidup bersama-sama dalam
masyarakat) untuk menggambarkan hubungan mutualistic dalam lichens. Pada tahun
1879, oleh ahli ilmu Jamur Jerman Heinrich Anton de Bary, simbiosis dikenal
sebagai "hidup bersama-sama tidak seperti organisme." Definisi
simbiosis menghasilkan kontroversi di kalangan ilmuwan. Ada yang percaya
simbiosis hanya perlu mengacu kepada mutualisme yang berkelanjutan, sedangkan
yang lain percaya bahwa simbiosis terjadi pada semua jenis interaksi yang
berkelanjutan biologi (iaitu mutualistic, commensalistic, atau parasit).
SUKAN
Menurut Hawkey 1993, Sukan adalah aktiviti
yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti
ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Sukan juga terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan juga diertikan sebagai satu aktiviti riadah.
Sukan adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan hubungan silaturahim
antara rakyat berbilang kaum.
MEDIA
Media massa merupakan satu bahagian daripada
media seperti radio, televisyen dan internet yang dapat mencapai khalayak yang
besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun
1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah
yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku
dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam
mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi
berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio,
penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang
besar seperti Newspaper Guild dan penerbit teks.
PENGIKLANAN
Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,
perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin
disampaikan. Revolusi dan penciptaan ini membolehkan penerbitan iklan massa
dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil. Iklan poster
bercetak yang pertama diterbitkan.
3.0 Faktor-faktor yang membolehkan televisyen
mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan.
Sukan dan media mempunyai satu perhubungan
yang erat umpama aur dengan tebing dan seperti gula dengan semut. Ianya saling
memerlukan dalam dunia teknologi siber seperti sekarang bagi memajukan arena
sukan negara pada masa kini di mata dunia. Hubungan yang akrab antara sukan dengan
media dan pengiklanan telah menjadi sebagai nadi untuk menjana insentif dari
aspek kewangan. Oleh kerana itu, televisyen telah mengeksploitasikan sukan
sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Sokongan kewangan boleh
diperolehi daripada iklan-iklan sukan
yang ditayangkan di televisyen hanya dalam tempoh beberapa minit telah mendapat
pendapatan yang sangat lumayan di kalangan pihak yang terlibat dengan dunia
media massa elektronik ataupun media cetak. Tetapi tidak dinafikan bahawa
teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan.
Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh
meningkatkan kepopularan sukan. Kutipan besar daripada yuran iklan boleh
membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya. Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan
berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjadi ahli sukan
professional. Hal ini juga merupakan kesan yang positif terhadap para atlet
kerana ianya boleh merangsang minat atlet-atlet untuk meningkatkan lagi
prestasi dalam karier sukan mereka untuk mencapai kecemerlangan di peringkat
tertinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk
melahirkan warga yang sihat dan produktif. Namun kini sukan dijadikan sebagai
satu industri yang boleh menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara
sebagaimana industri kecil dan sederhana yang lain. Penganjuran merupakan satu
daripada pemangkin industri sukan. Melalui penganjuran, potensi untuk memiliki ‘’event
intellectual property’’, penyediaan isi kandungan media sukan dan perkhidmatan
sokongan seperti penyiaran, pengiklanan dan pengurusan bakat (talent) dapat di
manfaatkan dan diketengahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi
mendapatkan sokongan kewangan dari pihak tersebut.
Dunia sukan masa kini sentiasa mengalami
perubahan teknologi demi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan. Oleh hal
yang demikian, hanya stesen televisyen yang ternama sahaja akan diberikan
mandat untuk mengendalikan perlawanan sukan secara langsung bagi memastikan
kelancaran sesuatu perlawanan yang ditayangkan di televisyen secara langsung
tidak mempunyai permasalahan ketika sesuatu perlawanan tersebut disiarkan
kepada pengemar sukan supaya tidak mengecewakan mereka. Dengan kos yang sangat
tinggi untuk menyiarkan sesuatu siaran secara langsung ia sangat memberikan
pulangan kewangan yang sangat lumayan kerana itulah televisyen mengekplotasikan
sukan sebagai nadi pengiklanan.
Selain itu, teknologi dalam sukan dapat
diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses pengiklanan barangan dan alatan
sukan yang canggih. Hal ini dapat dilihat, penggunaan peralatan canggih seperti
‘treadmill’ dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat menggunakan
peralatan ini untuk menjaga kesihatan dipromosikan di kaca televisyen bagi
menarik minat masyarakat setempat terhadap sesuatu barangan sukan yang
komersialkan. Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan
kecergasan seperti Takashima berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat
membantu masyarakat untuk melakukan aktiviti senaman dengan mudah di media
massa elektronik dan media massa cetak. Ini dapat menyumbang pendapatan
kewangan kepada media massa melalui pengiklanan- pengiklanan yang telah
dipromosikan di televisyen. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dan secara
tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin
berkembang. Penggunaan media massa secara menyeluruh dan teratur untuk menarik
minat masyarakat. Sebagai contoh, usaha akan ditumpukan kepada untuk menggalakkan
gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi serta memupuk bakat sukan
ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan peryertaan dalam sukan
massa dan prestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam sukan
massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan
dengan menggunakan teknologi dalam sukan secara berkesan. Contohnya mengadakan
senamrobik secara besar-besaran yang disiarkan melalui semua media elektronik.
KESIMPULAN
Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak
hanya terhad kepada bidang hiburan semata- mata tetapi ia juga telah mula
berkembang dalam bidang sukan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang
menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Oleh itu,
kejayaan sesuatu sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang
atlit tetapi juga terhadap faktor-faktor lain. Pengetahuan mengenai sains dan
teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk
mencapai sesuatu kecemerlang dalam bidang sukan. Melalui teknologi maklumat dan
telekomunikasi yang semakin membangun kini, ianya dapat meningkatkan
kecemerlangan sukan. Dalam teknologi ICT seperti video, televisyen, internet
dan kamera serta satelit komunikasi lain yang membolehkan teknik-teknik sukan
dapat dikesan dengan baik bagi kemudahan untuk masyarakat mempelajarinya.
Contohnya, menyiaran acara sukan secara langsung di televisyen serta boleh
melayari internet bagi golongan yang sibuk bekerja ke seluruh pelusuk dunia
boleh meningkatkan kepopularan sukan. Membuat pengiklanan besar juga boleh
membiayai bayaran- bayaran kepada ahli-ahli sukan. Keadaan ini mendorong
ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti
menjadi ahli sukan yang lebih professional dan digeruni oleh atlet-atlet dari
negara lain.
Peranan media massa juga penting dalam
menerapkan teknologi dalam sukan kepada masyarakat. Pihak media boleh
mengiklankan sesuatu maklumat tentang teknologi dalam sukan. Sebagai contoh
masyarakat sedia maklum pengiklanan di televisyen, surat khabar, radio dan
sebagainya. Hal ini mampu menarik minat masyarakat untuk mengetahui tentang
sesuatu benda yang baru seperti teknologi yang digunakan dalam sukan. Akhir
kata daripada saya, sains dan teknologi tetap penting dalam menjadi pemangkin
kearah kemajuan bidang sukan. Manakala teknologi sukan juga membolehkan para
atlit menjadi sempurna daripada segi fizikal dan mental dan meningkatkan
kecemerlangan dunia sukan . Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan
fenomena baru dalam persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian
dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita
video. Walaupun televisyen mengeksploitasikan
sukan sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan tetapi sesuatu
program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi
perkakasan dan perisian yang mana ianya merupakan input yang digunakan untuk
mempersembahkan output daripada pelbagai media untuk menjadikan persembahan
lebih efektif kepada para penonton sukan tanah air. Setiap pihak mempunyai
peranan dan kepentingan yang tersendiri bagi memajukan arena sukan di tanah air.
BIBLIOGRAFI
Diperoleh pada Mei 19, 2013 daripada
Diperole pada Mei 19, 2013 daripada
http://www.takashimaengineering.com/
Diperoleh pada Mei 19, 2013 daripada
Diperoleh pada Mei 19, 2013 daripada
www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_03.htm
Diperoleh pada Mei 19, 2013 daripada
Diperoleh pada Mei 19, 2013 dariapada
Diperoleh pada Mei 19, 2013 dariapada
Diperoleh pada Mei 19, 2013 daripada
http://wiki.answers.com/Q/How_has_technology_changed_sport
No comments:
Post a Comment