Tuesday, 28 May 2013

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN

Falsafah sukan adalah berkenaan dengan analisis konseptual dan soal siasat idea-idea dan isu-isu sukan dan amalan yang berkaitan seperti latihan, kewartawanan sukan dan perubatan sukan. Pada peringkat yang paling umum, ia adalah berkenaan dengan menjelaskan sifat dan tujuan sukan. Falsafah sukan tidak pernah tetap. Kaedah ini memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam falsafah sukan untuk membangunkan pemikiran dalam mengkritik diri sendiri, terus mencabar prasangka mereka sendiri dan prinsip kedua-duanya sebagai sifat dan tujuan falsafah dan sukan. Falsafah sukan bukan sahaja mengumpulkan pandangan daripada pelbagai bidang falsafah seperti estetika, epistemologi, etika, logik dan juga metafizik. Hal ini adalah kerana proses falsafah ini dapat menjana substantif dan bersaing pemandangan sukan itu sendiri. Dalam falsafah sukan, pelajar mengkaji sifat dan nilai-nilai pergerakan manusia menggunakan kaedah bukan empirikal falsafah. Bidang yang ditekankan adalah etika sukan, perbandingan sukan dengan seni, nilai-nilai yang unik permainan dan bermain dan kepentingan melalui sukan.

Selain itu, falsafah kesukanan banyak memberi nilai-nilai yang baik untuk para atlet mengubah kearah perbentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hal ini juga dapat dilihat daripada aspek idealism, realism, eksistensialisme dan juga pragmatism. Semua aspek ini banyak memberi implikasi yang positif dalam melahirkan dunia kesukanan yang cemerlang. Seperti yang telah saya pelajari. Hal ini adalah kerana proses dalam meningkat nilai-nilai murni dan positif dapat dikaitkan melalui kognitif, afektif dan juga konseptual. Hal ini juga adalah kerana sukan adalah satu aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingn atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan( Hawkey 1993). Oleh yang demikian, proses membentuk melalui kognitif dan afektif memang tidak dapat dipisahkan. Jadi saya rasa ingin berkongsi serba sedikit mengenai sains sukan gunaan, yang boleh dijadikan salah satu input terhasilnya nilai-nilai sukan moden pada hari ini. Implikasi ini boleh dilihat daripada aspek pragmatisme yang lebih berkaitan bidang sains dan kaedah saintifik. Fahaman pragmatism ini, dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat seperti Charles Sanders Peirce, Wiliam James dan John Dewey. Sains sukan gunaan ialah sains yang mengkaji pergerakan manusia, mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya imbangan yang paling optimum. Contoh, prinsip biomekanik digunakan apabila anda membengkokkan lutut secara semula jadi ketika mendarat setelah melompat. Proses ini dapat dilihat, bahawa sukan moden pada hari ini amat berkait dengan dunia sains. Tidak mustahil sukan-sukan pada hari ini dapat cemerlang keperingkat tertinggi dengan bantuan alat teknolgi yang canggih. Seterusnya, jika dilihat daripada sukan yang saya ceburi iaitu petanque, pengetahuan ilmu kesukanan banyak mendidik saya menjadi atlet berkendiri positif. Terdapat banyak perkara yang boleh kita perolehi, seperti semangat kesukanan, nilai kerjasama dalam kumpulan dan sebagainya. Seterusnya, dengan bantuan alat teknologi seperti sistem APAS dan juga sistem Kinovea yang mengkaji tentang pergerakan sesuatu sukan, banyak membantu dalam dunia sukan pada hari ini. Nilai yang kita mampu buktikan iaitu, sesuatu sukan akan terus maju dengan adanya ahli-ahli pengkaji sukan yang berusaha bekerjasama untuk membangunkan sukan.

Seterusnya, nilai falsafah sukan ini juga boleh merangsang pembinaan  suatu masyarakat  yang  cergas dan proaktif  di  samping merupakan  suatu  alat  yang  berkesan  ke  arah  perpaduan  dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Sukan  Untuk  Semua  (Sukan  Massa)  melalui  konsep  Malaysia  Cergas  adalah bermatlamat  untuk  menimbulkan  kesedaran  di  kalangan  masyarakat  Malaysia tentang  pentingnya  kesihatan  yang  boleh  dipupuk  melalui  kegiatan  fizikal  dan rekreasi.  Kesedaran  ini  akan menimbulkan minat  dan  akan  terus  dipupuk melalui pendidikan  sukan.  Langkah  ini  akan merangsang  lagi  penyertaan  dalam  kegiatan sukan,  rekreasi  dan  kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua  (Sukan Massa) juga  ingin  membentuk  satu  imej  Nasional  yang  akan  menjadikan  masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Generasi muda yang dipupuk nilai-nilai murni melalui sukan mampu menjadi sebagai pemimpin masa kini dan  masa depan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif, di dalam realiti  heteregenous dan komitmen yang lebih kukuh. Kesedaran  perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah keujudan satu bangsa yang kuat bermaruah dan mempunyai martabat tinggi. Kesedaran itu adalah kesedaran yang mengatasi masalah kelompok, suku  kaum atau budaya bangsa yang berpecah tanpa memperlihatkan apa-apa keperibadian, kesatuan dan jiwa yang satu padu. Oleh itu, nilai-nilai yang dipupuk melalui sukan akhirnya menjadikan mereka matang dalam setiap perkara.
Nilai falsafah kesukanan ini juga dapat menjadikan seseorang atlet ataupun individu aktif dalam kegiatan sukan . Mereka mampu untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana individu tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang atlet atau individu yang menyertai pasukan sekolah ataupun diperingkat universiti mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang individu mahupun atlet yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran mahupun pelbagai bidang yang dicebur. Di samping itu, sukan yang saya terajui  ini juga dapat membentuk individu menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan individu yang berfikiran positif. Mengikut pengalaman saya juga, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Nilai-nilai pengetahuan dalam konsep falsafah, etika dan estetika dalam kesukanan mampu memberi banyak transformasi dalam dunia sukan dan juga melahirkan satu unit masyarakat yang sihat. Hal ini memang tidak dapat dinafikan melalui konsep sukan yang memberi banyak kelebihan dan nilai yang positif. Oleh yang demikian, saya ingin berkonsi rasional nya nilai yang dapat diperolehi melalui sukan moden pada hari ini. Salah satu kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.
Pengetahuan falsafah kesukanan dalam kegiatan sukan merupakan  langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan  juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Kata-kata semangat seperti Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.

Kesimpulannya, kita akan mempunyai kesedaran bahawa falsafah kesukanan yang dipelajari, mampu membentuk masyarakat yang cemerlang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini adalah kerana, dalam mempelajari ilmu falsafah ini. Para pelajar dan atlet itu sendiri akan mempunyai kesedaran dan matlamat untuk dicapai. Mereka akan terus bersemangat untuk mencapat matlamat yang telah mereka sasarkan. Sikap sebegini akan menjadi batu loncatan terhadap diri mereka sendiri untuk menjadi garis panduan supaya memudahkan perjalanan mereka sebagai seorang atlet ataupun jurulatih. Jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa  pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Akhirnya, para pelajar begini juga akan mengharumkan nama negara di mata dunia apabila menjejak kaki kemenara gading.

BIBLIOGRAFI

Hospitality, Leisure, Sport and Tourism Network, October 2008                                                                                                 14
McFee, G. (2004) Sport, Rules and Values: Philosophical Investigations into the Nature of Sport, London: Routledge (A)

Meier, K. V. (1988) ‘Triad Trickery: Playing With Sport and Games’ Journal of the Philosophy of Sport’ vol. XV: 11-30. Reprinted in Morgan and Meier (1995)

Morgan, W. J. (1987) ‘The Logical Incompatibility Thesis and Rules: A Reconsideration of Formalism as an Account of Games’ Journal of the Philosophy of Sport, vol. XIV: 1-20

Schneider, A. J. (2001) ‘Fruits, Apples, and Category Mistakes: On Sport, Games and Play’, Journal of the Philosophy of Sport, vol. XXVIII (2): 151-59




No comments:

Post a Comment