Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan
manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan
pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor
perubatan dan pakar bioperubatan.
Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa
dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
1. sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
2. sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol,
peparu, alveolus
3. sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti
jantung dan salur darah
4. sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
5. sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
6. sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak
Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah
bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia.
Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb
sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat
untuk menjayakannya.
Pertumbuhan manusia
Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh.
Pertumbuhan ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil
kepada badan besar. Malah, proses penuaan juga merupakan pertumbuhan manusia.
Proses pertumbuhan (dikenali sebagai tumbesaran) adalah bermula dari detik
persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar
(menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk dalam rahim ibu.
Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus berkembang dan aktif berganda
supaya saiz badan kecil menjadi saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan
adalah bersifat eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan
seolah-olahnya menjadi pegun. Proses ini dikenali sebagai penuaan, di mana
sel-sel badan cuma akan menggantikan sel-sel mati dan organ-organ akan menjadi
tua dan uzur. Jadi, pertumbuhan manusia terbahagi ke dalam 3 kumpulan:
Pertumbuhan Fizikal:
Perkembangan yang melibatkan sel-sel
badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang
umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya
ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan.
Pertumbuhan Mental:
Perkembangan yang melibatkan
perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula
memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari
daripada pengalaman dan ilimu pengetahuan.
Pertumbuhan Sahsiah:
Perkembangan yang melibatkan sahsiah,
rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa
mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk
semasa anak masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama
dan pendidikan secara formal atau tidak formal.
Kimia
Kimia adalah satu bidang sains
yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya. Dalam kimia, jasad ini
dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian (kompoun).
Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan
memepengaruhi sifat-siafar fizikal sesuatu zarah. Manakala electron dalam atom
tersebut akan menetukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na,
O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah
terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melelui pergabungan
satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalag dari pada
natrium dan klorin.
Bahan dan tenaga
Bahan kimia biasanya dianggap
sebagai material yang toksik. Namun, anggapan ini adalah betul jika ia adalah
digunakan dalam bidang industri dan analisis berasaskan kimia. Bahan kimia yang
tidak / kurang toksik adalah digunakan dalam kehidupan harian seperti gula,
garam masak, tepung gandum dsb. Banyak bahan yang diperlukan dalam kehidupan
adalah untuk tumbesaran dan ia sangat berkaitan dengan sistem biologi. Bidang
kimia dalam sistem biologi degelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan
untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dsb.
Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dalam
membina dan mengganti sel-sel untuk tumberan. Ia juga berkemampuan untuk
mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga
haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam
sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untuk bernafas dan
bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini
adalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti
fizikal seperti mandaki gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP
(adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir yang boleh
menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap molekul makanan hendaklah
dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnya dihadamkan menjadi tenaga
dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan, maka lebih tenaga
dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti makanan boleh
ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule.
Konsep asas kimia dalam sains
sukan
Atom
Atom adalah satu
struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia. Setiap atom mempunyai
elektron bercaj negatif, proton bercaj positif dan neutron yang neutral. Atom
boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu
elektron, protondan
neutron yang terkandung dalam suatu atom. Contohnya atom yang mempunyai 1
elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan
disingkatkan sebagai H (simbol kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton
dan 2 elektron serta 2 neutron adalah helium (He).
Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya
sesuatu atom adalah sentiasa bercaj neutral (tidak bercaj). Dalam tindak balas
kimia, sesuatu atom boleh kehilangan proton atupun lektron dan seterusnya
menjadi atom yanh bercaj positif atau negatif. Contonnya, hidrogen yang
kehilangan satu elektron akan bercaj positif kerana kehadiran proton. Atom yang
bercaj dipanggil sebagai ion positif atau ion negatif.
Unsur (elemen)
Unsur pula
merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur kimia telah
diatur ke dalam jadua berkala mengikut sistem elektron dan petalanya. Hasilnya,
atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hidrogen, oksigen,bromin, nitrogen dsb.
Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang
bercaj akan mengelilukan.
Kompaun (sebatian)
Dalam ilmu kimia, sebatian adalah
satu kumpulan unsur yang digabungkan secara ionik apabila satu unsur kehilangan
elektron (bercaj positif) dan satu lagi menerima elektron (bercaj negatif). Dua
ion yang bertentangan caj akan menarik antara sesama lain untuk membentuk
sebatian. Apabila kompound ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan
membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh
sebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam
badan kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercaj) untuk mengimbangi
caj-caj dalam cecair badan.
Molekul
Walaupun tidak mengalami
perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur boleh bergabung melalui ikatan
kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui perkongsian elektron apabila
elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan.
Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimia
adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul boleh
wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik
yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.
Elektrolit
Ion yang terhasil
apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang
berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod)
untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia,
elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan
cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya
mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting
dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor
dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita.
Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan
kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah.
Karbohidrat
Karbohidrat adalah
pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia adalah sejenis makanan organik
yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara
unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah
ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang. Dalam perkataan
harian, karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia,
karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui
bilangan karbon dalam
unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer).
Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma
beberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita,
iaitu sukrosa, fruktosa dsb.
Kesemuagula ini
perlu dicernakan dalam sistem pencernaan manusia supaya menjadi unit yang
terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa
dalam darah bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk
meneruskan proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut akan pitam dan
pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan
sumber karbohidrat yang utama.
Lipid
Lipid adalah lemak yang
diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah
kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia juga bertindak sebagai
minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa
bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel
membran. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila
ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada
badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan
proses dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihan akan
meyebabkan seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak digunakan apabila
pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan menyimpan lemak tersebut di bawah
kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagian yang kurang aktif. Lipid boleh
diambil daripada daging, kacang, dan sayur-sayuran.
Protein
Protein adalah
sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah unsur yang penting
semasa pertumbuhan dari peringkatkanak-kanak ke dewasa. Protein
biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb.
Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang
menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu
lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar
pada tubuh badan.
Sistem sel sebagai unit asas
hidup
Sel adalah
unit yang paling asas untuk kesemua entiti hidup kerana ia mempu menjalankan
semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan membiak.
Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan
utama antara kedua-dua sel tersebut adalah kehadiran sel dinding dan kloroplas.
Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding dan kloroplas. Jadi, selnya boleh
mengembang dan mengecut dengan mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan
termasuklah semua sel pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dsb.
No comments:
Post a Comment