Sains sukan merupakan
satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti
fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan
fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi,
dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang
melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu
permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya
ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ,
sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu
sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk
meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan
menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
Sains sukan juga boleh ditakrifkan dalam beberapa
perspektif:
Akademik / intelektual:
Generik / kontemporari:
sains sukan selalunya dipandang
sebagai satu cabang ilmu daripada pendidikan jasmani. Memang tidak boleh
dinafikan bahawa kedua-dua subjek mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi,
objektif masing-masing adalah tidak sama.
Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah
aktiviti kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil kajian sains.
Sains Sukan adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup
masyarakat kerana konsep-konsep yang diterap dapat membantu jurulatih bahkan
pelatih dalam meningkatkan teknik-teknik dalam bidang kesihatan dan jasmani. Dalam
hidup harian, kita sentiasa melalukan senaman dan kerja-kerja ringan. Kesemua
aktiviti ini memerlukan teori sains sukan untuk memperbaikinya jika terdapat
kesilapan semasa melalukannya. Contohnya, postur duduk dan cara mengangkat
barang berat perlu disokong dengan teori sains yang mantap. Di Malaysia, subjek
"sains sukan" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun,
buku rujukan terhad dan secara tidak langsung ramai terpaksa mencari maklumat
dari pelbagai sumber. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka
menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan
yang mencukupi bagi menduduki STPM.
Sains Sukan Gunaan
Bidang ini adalah lebih kepada aplikasi ilmu sukan
daripada skop bidang tulennya. Tenaga yang diperlukan untuk berlari hendaklah
mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti keadaan lantai itu. Jadi, pengiraan
menjadi lebih rumit dan terdedah kepada banyak ketidakpastian.
Sains Sukan Generik
Bidang ini selalunya diterjemahkan sebagai satu ilmu
berkaitan kesukanan. Banyak yang selalunya menganggap sains sukan ini adalah
satu bidang atlet yang melibatkan semata-mata permainan dan sukan seperti bola
jaring, bola sepak, ping-pong dsb. Namun, anggapan ini bukannya semuanya salah.
Dalam sains sukan generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam
meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan sebagai alat yang
boleh menyihatkan badan dan tidak mencederakan anggota badan ekoran daripada
kesalahan teknik bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu dan berkumpulan
dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini juga merupakan satu alat sebagai
permainan di arena antarabangsa bahkan melalui pertandingan mahupun hiburan
melalui media massa.
Matlamat Sains Sukan
Matlamat kewujudan sains
sukan adalah seperti berikut:
Pertumbuhan organ :
Kecergasan dan
kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi
biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat.
Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika
seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak
sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan
adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk
menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan
jogging.
Pertumbuhan fizikal :
Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang
sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan
luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat
memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya
di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu
melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti
tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan
faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan
untuk sesuatu kerja ataupun projek.
Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran :
Koordinasi otot
dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang
sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia
bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah
biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan
sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan
untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang
dalam bidang tersebut.
Pertumbuhan emosi dan sosial :
sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan
perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang
supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang
perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu
berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan
secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain.
Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa
bermain "game".
Pertumbuhan insan dan negara :
manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya
populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah
disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat
mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu
perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan
penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel,
Olimpik, SUKOM etc.
Menurut Hawkey 1993, Sc Sukan adalah mengaplikasikan teori sains kedalam aktiviti sukan.
ReplyDelete